Selasa, 21 Mei 2013

34 Jenis Hantu

34 Jenis Hantu

Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan
oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga
mampu menukar rupa bentuk mereka kepada
bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka
terbahagikan kepada ketegori hantu yang
berlainan jenis dan nama. Dikalangan
masyarakat melayu juga mempunyai nama dan
jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-
jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
wanita berpakaian serba putih membalas
dendam.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai
pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu
bahawa ia berasal daripada perempuan yang
mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat
juga pendapat menyatakan bahawa ia
merupakan jin (hantu) liar yang bertindak
mengganggu manusia.
2. Langsuir - perempuan
Langsuir adalah sejenis makhluk halus
penghisap darah dalam kepercayaan
masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan
merasuk mangsa dan menghisap darah
mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
Terdapat sesetengah pendapat bahawa
Langsuir berasal daripada wanita yang mati
bersalin atau selepas itu.
Langsuir dipercayai mampu menyerupai
seorang perempuan yang cantik dan mengoda
lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi.
Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir
akan berubah kembali kepada rupa asal dan
akan merobek perut mangsa atau mencekik
leher mangsa dan menghisap darah mereka.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus
dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya
dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi
tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk
kanak-kanak kecil dan turut mempunyai
perangai seperti kanak-kanak kecil.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali
sebagai saka.
4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan,
yang dipelihara oleh seseorang, biasanya
wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali
sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi
makan darah dari jari tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma
sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil
yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan
tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini
kemudiannya akan mengambil peluang untuk
menyerang dan menghisap darah mangsa
apabila mangsa leka.
5. Hantu air - dalam air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut)
merupakan sejenis makhluk halus digelar
mambang atau jin yang terdapat di dalam
kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak
keras dan mampu membahayakan mereka
yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung
seperti batang kayu buruk, tetapi mampu
melumpuhkan mereka yang tersentuh
dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma
untuk mengusik mereka yang berada di pinggir
air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada
ilmu dan makhluk halus yang dibuang,
dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut
dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan
menunjukkan kehadirannya. Bagi
menggelakkan gangguan bagi para nelayan
dari hantu air (laut), satu upacara yang
dikenali sebagai semah laut akan diadakan
setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai
puja pantai / main pantai.
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk
kepada sejenis makhluk halus dan perkara
tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan
jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan
membantu tuannya melakukan kerja dan juga
bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan
makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok
kelapa yg kena panah petir
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang
boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga
jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh
disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang.
Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma
sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan
biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai
tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu
diberi makan sebagaimana yang dipersetujui.
Biasanya makanan yang disediakan dikenali
sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam
panggang, pulut kuning dan sebagainya.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi
makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan
menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan
sekiranya tidak diturunkan kepada waris,
tuannya akan menjadi bangkai bernyawa.
Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi
apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit
seperti hidup. Selain itu, ia akan makan
dengan lahapnya apabila diberi makan.
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang
dilihat berbungkus dalam kain kafan.
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai
hantu punjut atau hantu pocong merujuk
kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti
mayat yang dibungkus dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik
orang yang lemah semangat, dan akan
bergerak dengan meloncat seperti hantu cina,
atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak
sepantas kereta, bergerak seiring dengan
kereta yang dipandu oleh mangsa usikan
mereka.
8. Polong
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau
makhluk halus belaan yang dipelihara oleh
seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk
tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong
dipercayai diberi makan darah dari jari
tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong
dihasilkan dengan meletak darah orang yang
mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang.
Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan
jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh
masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua
minggu akan kedengaran bunyi mengerit
daripada dalam botol. Pemuja polong perlu
menghiris sedikit jarinya dan memasukkan
jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk
memberi polong makan. Dengan memberi
makan, polong ini akan terikat kepada tuannya
dan akan melakukan apa sahaja suruhan
tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol
dan hanya dikeluarkan apabila hendak
memusnahkan musuh. Mangsa polong
biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam
pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari
dalam tanah.
Hantu yang terkenal sehingga namanya
digunakan sebagai nama sebua kampung.
Mengikut kepercayaan penduduk tempatan
Bota, nama kawasan ini diambil bersempena
sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah
sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah,
menyembunyikan diri dalam gua di dalam
tanah. Bota akan keluar daripada tempat
persembunyian pada ketika-ketika tertentu
sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang
tidak memakai seluar.
Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam
tanah dan jarang dilihat oleh manusia.
Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini,
badan gergasi Bota ini menyerupai warna
tanah itu sendiri terutama di kawasan
berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan
di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan
tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di
dalam tanah juga dan sesekali akan mencari
makanan dalam bentuk daging manusia atau
haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah
makanan kegemarannya kerana ia hanya
keluar sesekali sahaja terutama pada rembang
petang.
Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan
seseorang. Jika seseorang penduduk didapati
hilang, mereka percaya Bota yang
bertanggungjawab dan penduduk tersebut
telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di
sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak
banyak tapi boleh berada di mana-mana
sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.
◆ Pencuri dan Hukum Karma
◆ Rabbit forward roll
◆ Pommel Horse
DESC
1 2 3 4
Mobile Web TOP
© CARI Malay Forums
16-6-2012 12:11 PM novelloverzz
Post Last Edit by novelloverzz at
17-6-2012 14:10
10. Bajang - makhluk aneh
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk
halus, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan
memudaratkan musuh. Pemeliharaan
makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang merupakan makhluk setan yang
dipuja daripada mayat bayi yang mati
semasa lahir. Ia merupakan setan
jantan yang sering kali menjelma
sebagai kucing pole cat. Bajang
seringkali menyerang kanak-kanak dan
mampu menyebabkan penyakit misteri
yang boleh membawa maut kepada
mangsanya.
Bajang akan dikawal oleh pemiliknya
dan akan disimpan di dalam tabung
buluh. Sejenis daun khusus akan
digunakan sebagai penyumbat tabungan
tersebut dan dikunci dengan tangkal.
Bajang hanya dikeluarkan apabila
pemiliknya hendak mengenakan
musuhnya.
Bajang yang dipelihara itu akan diberi
makan telur dan juga susu. Sekiranya
tidak dijaga dengan baik dan diberi
makan, Bajang yang kelaparan itu akan
menyerang tuannya.
Bajang boleh dihindari dengan
menggunakan tangkal atau azimat.
Tidak ada cara membunuh bajang tetapi
biasanya sekiranya tuannya diketahui,
dia akan dibunuh atau diusir dari
kampung tersebut.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan
sekiranya tidak diturunkan kepada
waris, tuannya akan menjadi bangkai
bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau
busuk, tetapi apabila hendak
dikebumikan, ia akan bangkit seperti
hidup. Selain itu, ia akan makan dengan
lahapnya apabila diberi makan.
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga
Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk
halus dari golongan jin dalam legenda
Melayu, mirip dengan elf dalam legenda
Eropah.
Mereka dikatakan wujud dalam
masyarakat besar, menyerupai struktur
sosial manusia, mempunyai keluarga,
puak, dan struktur masyarakat. Orang
Bunian dikatakan mendiami kawasan
hutan belantara, jauh dari perhubungan
manusia, tetapi ada juga yang tinggal
berdekatan dengan manusia malah
berkongsi rumah dengan keluarga
manusia. Sesetengah masalah
kerasukan dikatakan berpunca dari
orang bunian.
Orang bunian mempunyai kuasa luar
biasa yang hebat, dan juga diketahui
berkawan dan menolong manusia,
terutamanya pawang atau bomoh.
Orang bunian dikatakan menculik
kanak-kanak, dan bayi didalam perut
wanita dan ada dituduh menyebabkan
manusia sesat di dalam hutan.
Semenjak orang bunian mirip dengan
manusia (kecuali berasaskan fakta
mereka biasanya ghaib atau halimunan)
tidaklah dihiraukan untuk mereka
berkahwin dengan manusia. Malah ada
pendapat yang mengusulkan bahawa
bunian ini adalah hasil gabungan
hubungan manusia dan jin. Sekali
seorang manusia telah pergi untuk
tinggal dengan orang bunian, dia tidak
boleh balik ke alam biasa, sebagaimana
orang bunian hidup lebih lama daripada
manusia. Terdapat cerita mengenai
seorang lelaki yang mengahwini orang
bunian, tetapi ingin mengembali ke
keluarga mereka yang telah
ditinggalkan, memutuskan untuk
meninggalkan orang bunian. Waktu
pulang mereka ke golongan manusia,
mereka mendapati bahawa setiap orang
yang mereka kenal telah meninggal
dunia, dan beberapa tahun sudah
berlalu. Cerita ini pernah disebutkan
dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip
Van Winkle. Perkara tersebut
menyerupai teori kerelatifan masa.
Orang Bunian Sungai Tekali
Pada Julai 1998, satu tapak
perkhemahan baru telah dibina di
Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu
Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak
perkhemahan ini adalah milik Jabatan
Pelajaran Negeri Selangor .
Perkhemahan yang pertama kali itu
ialah Perkhemahan Unit Beruniform
Peringkat Negeri Selangor.
Segelintir penduduk kampung percaya
dan melihat 3 orang (?) bunian mandi
dalam anak sungai di tapak itu. Seperti
biasa majlis bacaan Yassin diadakan
pada hari pertama perkhemahan. Pada
malam 'Night Walk' yang dikendalikan
oleh Askar Briged Tengah, dua orang
peserta telah 'hilang' dan seperti
kerasukan selama beberapa bulan.
Kejadian ini dikaitkan dengan orang
bunian. Kini tapak perkhemahan itu
telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran
cerita-cerita seumpama itu.
12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang
bayangan atau makhluk yang
berpakaian seperti tentera Jepun.
Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-
tempat di mana pernah dijadikan
markas tentera semasa Perang Dunia II,
semasa Jepun menawan Malaysia.
Tempat yang selalu selalu disebut-sebut
sebagai kawasan yang dihantuinya
adalah bangunan sekolah berasrama,
pejabat kerajaan dan bangunan-
bangunan penting yang ada semasa
Perang Dunia II. Oleh itu, boleh
dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.
Selalunya ia dilihat sama ada
bersenjatakan senapang atau pedang,
tanpa berkepala atau kepalanya
dipangku bersama-samanya.
Kadang kala, ia dikatakan berbaris
lengkap bersenjata pada waktu malam
(tanpa kepala), dengan bunyi derapan
kasut but tentera.
Tidak pula diketahui sama ada hantu
Jepun turut terdapat di negara-negara
jajah takluk Jepun yang lain (selain
Singapura).
13. Hantu bukit
Hantu bukit merujuk kepada sejenis
makhluk yang berkeliaran dikawasan
bukit. Hantu bukit sering dikatakan
mengusik orang yang lemah semangat.
14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis
makhluk yang berkeliaran dikawasan
perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti
dikalangan orang-orang asli kerana
mampu menyebarkan penyakit. Ini
adalah antara sebab orang asli
berpindah randah sekiranya berlaku
kematian. Malah ia ditakuti oleh puak
asli Kubu (Indonesia) dan Jakun
(Malaysia) walaupun mereka dipisahkan
oleh selat Melaka. Sering dikatakan
mengusik orang yang lemah semangat.
Cara mengambilnya ialah:tanah atau
pacang kayu org mati kena bunuh/
berdarah
15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis
makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan.
Pari-pari ini dikatakan mempunyai
masyarat tersendiri dan boleh dikatakan
menyerupai orang bunian. Pari-pari
dikatakan tidak dipelihara oleh manusia
dan dikatakan hidup bebas.
16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali
sebagai hantu punjut atau hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang
berbentuk seperti mayat yang dibungkus
dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan
mengusik orang yang lemah semangat,
dan akan bergerak dengan meloncat
seperti hantu cina, atau bergolek. Ia
dikatakan mampu bergerak sepantas
kereta, bergerak seiring dengan kereta
yang dipandu oleh mangsa usikan
mereka.
17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis
makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan
menginiaya orang lain. Pemeliharaan
makhluk halus seperti ini turut dikenali
sebagai saka.
18. Hantu laut (Puaka Laut)
Hantu air (juga termasuk Hantu laut)
merupakan sejenis makhluk halus
digelar mambang atau jin yang terdapat
di dalam kawasan berair. Makhluk ini
dianggap agak keras dan mampu
membahayakan mereka yang
bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-
apung seperti batang kayu buruk, tetapi
mampu melumpuhkan mereka yang
tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu
menjelma untuk mengusik mereka yang
berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal
daripada ilmu dan makhluk halus yang
dibuang, dihanyutkan melalui sungai
mengalir ke laut dengan menggunakan
acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan
menunjukkan kehadirannya. Bagi
menggelakkan gangguan bagi para
nelayan dari hantu air (laut), satu
upacara yang dikenali sebagai semah
laut akan diadakan setiap tahun.
Upacara ini juga dikenali sebagai puja
pantai / main pantai.
16-6-2012 12:13 PM novelloverzz
Post Last Edit by novelloverzz at
17-6-2012 17:19
19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis
makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan.
Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi
bersaiz besar dan amat tinggi sehingga
kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia
sering kali ditemui jauh di dalam hutan
dan biasanya hanya kakinya yang
kelihatan.
Mereka yang diusiknya dikatakan sering
menyangka kakinya sebagai batang
pokok. Kakinya dikatakan berbulu
panjang dan hanya mangsa hanya
terserempak pada waktu malam apabila
sering bersandar atau memegang
kakinya, atau ketika melalui celah
kangkangnya.
Manusia yang bersahabat dengannya
dikatakan boleh mencabut bulu betisnya
yang akan dibakar untuk menyerunya
apabila memerlukan pertolongannya.
20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu,
merujuk kepada sejenis makhluk halus
dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri
daripada golongan jin atau syaitan,
yang dikatakan menjaga sesuatu
kawasan (tanah).
Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu
kawasan tanah dan akan menganggu
mereka yang membuka tanah baru
untuk berhuma. Untuk mengelakkan
gangguan Jin Tanah, biasanya upacara
pembukaan tanah baru akan di adakan.
Biasanya makanan yang disediakan
dikenali sebagai acak / sajian termasuk
telur, ayam panggang, pulut kuning dan
sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah
akan mengganggu mereka yang
meneroka kawasan tanah baru tersebut.
21. Hantu Keramat
Hantu Keramat merujuk kepada
semangat atau makhluk halus yang
terdapat disuatu tempat tetapi tidak
mengganggu orang.
22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula
dengan seorang wanita yang
mengamalkan ilmu mencantikkan muka.
Tetapi salah satu pantangnya
merupakan dia tidak boleh melihat
cermin selama 10 hari / sesetengah
cerita menyatakan sebulan.
Semenjak hari itu semua orang memuji-
muji kejelitaan wanita itu dan
menyebabkan dia tidak sabar dan
melihat wajahnya di cermin pada hari
terakhir. Akibatnya mukanya menjadi
buruk, dan setelah dia menemui kembali
gurunya, dia diberitahu bahawa
mukanya hanya akan kembali cantik
setelah dia menyapu mukanya dengan
darah XX perawan.
Disebabkan itu wanita itu merayau-
rayau mengetuk pintu rumah bagi
mencari mangsa sambil menyatakan
"Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.
23. Pocong (Hantu Bungkus)
Hantu bungkus atau juga dikenali
sebagai hantu punjut atau hantu pocong
merujuk kepada sejenis makhluk yang
berbentuk seperti mayat yang dibungkus
dengan kain kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan
mengusik orang yang lemah semangat,
dan akan bergerak dengan meloncat
seperti hantu cina, atau bergolek. Ia
dikatakan mampu bergerak sepantas
kereta, bergerak seiring dengan kereta
yang dipandu oleh mangsa usikan
mereka.
24. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada
seseorang yang menuntut ilmu batin
bagi tujuan menceroboh masuk ke
dalam rumah mangsa bagi tujuan
mencuri/membuat onar.
Salah satu cerita mengatakan orang
minyak ini telah tersalah menuntut,
menyebabkan dia menjadi hitam dan
hanya akan pulih selepas memperkosa
40 orang gadis. Mangsa akan menjadi
terpukau dan ditanda dengan dipangkah
pada mukanya selepas dinodai.
Kisah orang minyak ini amat popular
sehinggakan ia dijadikan sebuah filem
pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan
oleh Malay Film Productions Ltd dan
diarahkan oleh P. Ramlee.
25. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis
makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan
jin/syaitan, yang dikatakan sering
berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
26. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali
sebagai hantu tengelong di negeri Kedah
merujuk kepada seseorang, biasanya
wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi
sesuatu kepentingan. Mereka yang
menuntut ilmu ini mampu menceraikan
kepala dengan badan mereka dan
kepala mereka mampu terbang dengan
tali perut terurai-urai. Darah yang
menitik dari tali perut mereka dipercayai
berbisa dan akan menyebabkan kudis
kepada mereka yang terkena. Mereka
yang menuntut ilmu penangalan
biasanya akan menyimpan setempayan
cuka bagi memeram urat perut mereka
agar kecut sebelum bercantum masuk
kembali kedalam badan asal mereka.
Dipercayai sekiranya tubuh mereka
dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala
mereka akan bercantum secara terbalik,
dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah
perempuan yang bersalin, dan sekiranya
mereka menghisap darah tersebut,
wanita bersalin itu akan mati akibat
tumpah darah. Oleh itu, biasanya
disekeliling rumah wanita bersalin
(masa dahulu, rumah dibina bertiang),
diletakkan sejenis daun yang berduri.
Dipercayai penanggalan takut hendak
mendekati rumah tersebut kerana
bimbangkan tali perutnya tersangkut
kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia
dipercayai berupa cahaya putih
berkilauan, dari urat perut mereka yang
terburai itu.
27. Hantu salur bidai (balong bidai)
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai
hantu balong bidai merujuk kepada
sejenis makhluk halus dalam
kepercayaan Melayu, kemungkinannya
dari golongan jin/shaitan, yang suka
menganggu manusia. Kononnya hantu
bidai merupakan semangat jahat yang
tinggal dalam air. Hantu bidai mampu
menyerupai tikar, dan akan menggulung
dan melemaskan mangsa.
28. Hantu kopek (Tetek)
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis
makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan
jin/shaitan, yang suka menganggu
manusia. Kononnya hantu kopek
berbentuk seorang wanita yang tua
yang suka menyorokkan kanak-kanak
kecil yang suka bermain-main di luar
rumah semasa waktu maghrib, dengan
cara menyembunyikan mereka dengan
kopek (buah dada) mereka.
29. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu,
merujuk kepada sejenis ilmu yang
membolehkan penuntutnya bertukar
menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia
dikatakan dibantu oleh golongan jin
atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan
membantu tuannya mempertahankan
diri dan juga bagi memudaratkan
musuh.
Harimau jadian biasanya perlu dibuang
sebelum meninggal, dan sekiranya tidak
dibuangkan, penuntut ilmu itu akan
sukar meninggal dunia.
30. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada
semangat atau makhluk halus yang
terdapat dikawasan hutan dara.
Jembalang tanah dikatakan berasal
daripada urin atau tali pusat bayi yang
ditanam di kawasan hutan.
31. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali
sebagai hantu tengelong di negeri Kedah
merujuk kepada seseorang, biasanya
wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi
sesuatu kepentingan. Mereka yang
menuntut ilmu ini mampu menceraikan
kepala dengan badan mereka dan
kepala mereka mampu terbang dengan
tali perut terurai-urai. Darah yang
menitik dari tali perut mereka dipercayai
berbisa dan akan menyebabkan kudis
kepada mereka yang terkena. Mereka
yang menuntut ilmu penangalan
biasanya akan menyimpan setempayan
cuka bagi memeram urat perut mereka
agar kecut sebelum bercantum masuk
kembali kedalam badan asal mereka.
Dipercayai sekiranya tubuh mereka
dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala
mereka akan bercantum secara terbalik,
dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah
perempuan yang bersalin, dan sekiranya
mereka menghisap darah tersebut,
wanita bersalin itu akan mati akibat
tumpah darah. Oleh itu, biasanya
disekeliling rumah wanita bersalin
(masa dahulu, rumah dibina bertiang),
diletakkan sejenis daun yang berduri.
Dipercayai penanggalan takut hendak
mendekati rumah tersebut kerana
bimbangkan tali perutnya tersangkut
kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia
dipercayai berupa cahaya putih
berkilauan, dari urat perut mereka yang
terburai itu.
sambungan...
post #15
Source: http://www.aku-
sempoi.com/
16-6-2012 12:48 PM kakilicious
eeeeeeeeeeeeee.... takut
nyeee.................
16-6-2012 01:41 PM buluhbetung
banyaknye...bila da tahu rasa takut
pulak nak main air lama2,nak masuk
hutan.sebb dimana2 sahaja
ade .....eeeeeeee seram
16-6-2012 01:49 PM pakwetizzaqyah
Reply 3# novelloverzz
novello dah lupa satu lg hantu.. hantu
ke 34!!!!!!!!
PENGUNDI HANTU!!!!!!!!!!! harharhar
16-6-2012 02:50 PM merry01
berapa kali nak ulang hantu pocong,
bungkus dan sebagainya tuh....
16-6-2012 03:25 PM dragger
berulang2 .. patutla mcm byk je aku
baca..
16-6-2012 03:53 PM anniez08
byknya jenis2 hantu ni..
apa jenis hantu pun.. sumernya mmg
menyeramkannnnn..
16-6-2012 03:56 PM novelloverzz
Reply 7# merry01
dah edit..br prasan...
16-6-2012 03:58 PM novelloverzz
Reply 8# dragger
dah edit..ms ambik dari source x
prasan..
16-6-2012 05:11 PM rdzaccess
32 Jenis Hantu
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
wanita berpakaian serba putih
membalas dendam.
2. Langsuir - perempuan
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
4. Pelesit - boleh dipelihara
5. Hantu air - dalam air
6. Hantu raya - boleh dipelihara
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang
dilihat berbungkus dalam kain kafan.
8. Polong
9. Bota - makhluk besar hodoh
menjelma dari dalam tanah.
10. Bajang - makhluk aneh
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga
Bunian.
12. Hantu Jepun
13. Hantu bukit
14. Hantu kubur
15. Pari-pari
16. Hantu punjut
17. Jerangkung
18. Hantu laut
19. Hantu galah
20. Jin Tanah
21. Hantu Keramat
22. Hantu Kum-Kum
23. Pocong (Hantu Bungkus)
24. Orang minyak
25. Puaka
26. Penanggalan
27. Hantu bidai
28. Hantu kopek
29. Hantu Tetek
30. Harimau jadian
31. Jembalang tanah
32. Hantu tengelong
Ada Tambahan...
16-6-2012 05:16 PM rdzaccess
Hantu Kesot
Gundorowo
Jenglot
16-6-2012 05:19 PM novelloverzz
Reply 13# rdzaccess
nnt dah dpt cari description utk 3
hantu lg sy tambah dalam list...tq...
16-6-2012 05:39 PM novelloverzz
Post Last Edit by novelloverzz at
17-6-2012 14:11
32. Hantu Kesot
Ada lagi yang disebut Hantu Kesot.
Hantu ini tidak berjalan dengan kakinya
tetapi dia berjalan dengan punggungnya
yang dikesotkan di atas tanah. Hantu ini
kebanyakan menunggu mangsa yang
ditempat dia tinggal. Sasarannya bukan
hanya manusia tetapi juga binatang
seperti rusa dan babi.
33. Genderuwo
Genderuwo adalah salah satu makhluk
halus dan hanya ada di Indonesia
khususnya di pulau jawa. Hingga kini
belum ada negara lain yang mendakwa
genderuwo adalah khazanah kepunyaan
negara selain Indonesia.
Genderuwo adalah sejenis bangsa jin
atau makhluk halus yang wujud seperti
manusia beruk yang bertubuh besar dan
kekar dengan warna kulit hitam
kemerahan, tubuhnya ditutupi rambut
lebat yang tumbuh ditubuhnya.
Genderuwo dikenali dalam masyarakat
di Pulau Jawa (orang Sunda
menyebutnya "gandaruwo" dan orang
Jawa menyebutnya "gendruwo").
Habitat kegemarannya adalah batu
berair, bangunan tua, pohon besar yang
teduh atau sudut-sudut yang lembab
sepi dan gelap. Pusat makhluk ini
dipercayai berada di Hutan Jati
Donoloyo, Sloghimo, sekitar 60 km di
sebelah timur Wonogiri, dan di wilayah
Lemah Putih, Purwosari, Girimulyo,
Kulon Progo sekitar 60 km ke barat
Kuala Lumpur.
34. Jenglot
Jenglot, makhluk misteri dari Indonesia
merupakan fenomena aneh yang mulai
tersebar di masyarakat pada tahun
1997an. Jenglot merupakan sebuah
benda / makhluk yang berbentuk
manusia kecil dengan tubuh tak lebih
dari 12 cm dan rambutnya yang
panjang, jarang dan kaku melewati kaki,
serta kuku-kukunya yang panjang.
Jenglot diyakini masyarakat adalah
sebagai seorang manusia yang
mempunyai ilmu sakti dimasa lalu
(mungkin pertapa) yang meninggal,
tetapi tubuhnya ditolak oleh bumi,
sehingga tubuhnya tidak hancur
melainkan mengecut hingga menjadi
bentuk seperti jenglot. Bererti diyakini
bahawa "jenglot itu dulunya adalah
seorang manusia" ...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar